❤ Hello, welcome to my life. ❤ abcdefghiloveyou (✖◡ϟ)_

Sunday 31 August 2014

Cinta seorang Ayah :")


Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman. 

Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.

Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan. 

"Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.

"Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya," katanya.

"Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa," katanya.

Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.

"Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga. 

"Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang," kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.

"Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.

"Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid," katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.

"Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah."
Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah "bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar".

Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.

Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.

"Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

"Dia berkata, 'Muka macam Abderrahman'. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim," kata Asmaa.

Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.

"Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.

"Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui," katanya.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 10 June 2014

♛ Try wearing Hijab

Assalammuaikum readerku :')) . Heyy , i'm back ! . Rasa excited sangat-II belajar wearing hijab ngan adik . hihi . Its crazy timee . yaahh . Insya Allah , I want Berhijab lepas ni . Doa-doakan laa ya . Amin :') okeyy . How is its  nak share kat korang !. Hope okay la kann :'))

Selfie(sakit Mental)

nah , disebelahnya guruku :*

ignore my ugly face :'))

Smileeee :")))


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 4 June 2014

#Terowback - SUkan oh SUkan

Assalamualaikum .Alhamdulillah for every breath we take. Thanks to Allah . Bersedia la untuk menerima selaga ujian-Nya .Hidup ni takkan sempurna tanpa ujian .Hidup takkan mencabar tanpa kegagalan. Terpulang pada diri kita untuk bangun atau kekal diselubungi kekecewaan . okeyhh , memandangkan aku sedang buhsann nii , lebih baik aku update blog ni . Nak buat macam diari la pulakk . Aku mencarut? wey , sukati aa . poyoo aa . Hahaha . Tujuannya aku disini , sbnarnya nak share2 la sikit gambar kami time sukan tu . hihi . aku ni , bukan main lagi marah2 kan orang yang kalah . Tapi aku? dasar tak sedar diri , dah laa tak ambil mana2 acara pun .lpas tu , skati je nak marah2 orng. Apuu . Malu-malu .kerja aku and geng2 hnya MAKAN+BERGAMBAR+MERAYAU . haahhh . =D . Jadi Jurugambar jerr :P . aku taknak cakap banyak , just see the gambar k . Dah takdakk idea ni .




















Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 2 June 2014

hølidayy øhh hølidayyy

Assalamualaikum.Alhamdulillah.Ucaplah Alhamdulillah.Berapa ramai orang yg ditarik nyawa ketika dia tidur?Kita?Allah beri peluang :') Semoga hari ini lebih baik dari semalam . :)) memandangkan holidayy ni sangat membosankan , tak tahu nak buat apa . so lebih baik aku luangkan masa dengan blog kesayangan ku ni . Dah menjadi hobi la pulakk ;) petang nanti baru la jalan2 ngan geng-2 . hihihi . Hahh meh sini Dina nak bagi ayat penenang pada korang yangg tengah frust bercintan cintut tuu , termasuk aku laa .. hahaa .Ingatla wahai teman-teman kita ditemukan dengan dia kerana Allah , kita berpisah dengan dia kerana Allah . Mungkin dengan cara ini Allah akan memberi seseorang yang lebih baik dari dia . Bersabarlah wahai teman . Sebaik-baik perancangan Allah . Ada hikmah disebalik semua ujian-Nya wahai temann :)) just think , orang yang dah lupakan kita , buat apa lagi kita nak ingat ? buang masa je kann ? naaa . just move on . Berterima kasih la pada Allah kerana telah menjahui kita dari orang yang tak pernah nak hargai kitaa :)) listen here Love the heart that hurts you, but never hurt the heart that loves you. Mun pahamm bisa yaa :)) okeyy laa . sampai sini dulu advice anaa . waaa mengada-ngada la pulaakk . Assalammualaikum :))
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 1 June 2014

a new life ;)

Assalammualaikum reader setiakuu sekalian . lama dah tak update blog ni nak dkat setahun dah(penipu) . hahaha . memandangkan malam ni idea aku mencurah curahh , lebih baik aku update blog drpada idea ni dibuang jeee . kesian la pulak . hmm . dunia laa kann . Dari bulan April tu dah , masalah tak henti2 menimpa hamba Allah ni . Dugaan . Ujian Allah . Tidak baik mengeluh :') April oh April . sepatutnya bulan tu la yang paling bermakna bagi aku . Tapi sebaliknya . Takpaa , sebaik-baik perancangan Allah . Sekrang ni dah bulan June , puasa pun dah nak dekat . Cayokk2 Dina , mulakan hidup yang baru . Hidup mesti diteruskan . Jangan tunjukkan Dina ni lemah . Jangan pernah lagi menoleh ke belakang . Past is past . You can do it .ingat la Dina jangan bawa kesedihan semalam ke hari ini. Sebab, hari ini kita perlu berusaha untuk gembira. Bukan bersedih buat selamanya. selagi boleh sabar, sabarlah. selagi boleh diam, diamlah. selagi boleh tahan, tahanlah.semua dugaan dari Allah.Allah tahu apa yang kita rasa . Sekarang, aku belajar untuk menerima orang yg baru :) DINA ! Stop feeling alone. Start laughing. Stop dreaming. Start believing. Stop Fighting. Start loving. Stop thinking. Start acting. :") okayy laa guyss , sampai sini dulu coretan anaaa . Assalamualaikum :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 18 April 2014

12 April 2014

Assalammualaikum readerku sekaliann
hukk hukk . skema li jakk 
lama dah tak bukaak ana punya blog
memandangkan tengah free ni, ana update laa .free la sangat.
tampaa palakkk . untuk ujian Sejarah kertas 3 pun blum dcari.
hahhaha . do i care . pedulii ineu keu.
okeyhhh2 , berbalik pada tarikh tuhh2 atas tuuhh . haaa
anaa nakk share la sikit kt reader ni . kmi berkawan la sgt ikut ckgu Wen yg hensem miut
khidmat masyarakat kat Pantai Kuala Dana a.k.a tapak Kaul . hahaha . kmi ikut program tuu ?
hewheww , takdaa laa . kmi just tolong-2 ckguu weenn jee . Tolong la sgt :p
Tolong jadi PHOTOGRAPHY ckgu Wenn . so kmi tak lpaskan peluang laa nak ambil gmbr kite2 ajee .
hahahahhahaha . bahh2 . malass nakk cakap bnyak . just tngok pic bwah ni haaa . Let Go !!!

selfie dalam kereta ckgu Wen

anak sapaa la nii ?

zzz , dont say anyword :p

selfie w babyboo ckgu Khairunnas

:*


Sali,Me,Icaa

Mohd Armin Tarmizi <3

ckgu William =D

Fatin oh fatinn

romantik kan ?

ni haa si ckgu Wen hensem miutt

Fatin ,Dina

selfie w fatin

cikgu hensem miutt ;)

:*








si amin cutee timann :*

THE ENDS <3










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 17 April 2014

Renung-renungkan laaa :')

Bila kita sayangkan seseorang , kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita .
Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya . 
Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yang jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap cuba tersenyum di hadapanmu , tetapi di belakangmu dia menangis . Dia terluka . Seluka manapun hati perempuan , dia tetap akan memberi peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang . Kerana dia yakin , insan yang dia sayang akan berubah dan menyayanginya sepenuh hati seperti dia . 
Malangnya , setiap peluang yang diberi selalu dipersiakan . Kadangkala, hati perempuan terdetik . Apakah langsung tiada sifat "menghargai" dalam diri seorang lelaki ? Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal  perhubungan saja ? Sepatutnya , semakin lama hubungan itu , semakin kuat perasaan itu . Bukan semakin pudar . 
Perempuan ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada , tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . Bukan untuk ditabur dengan wang ringgit , cukup dengan luangkan masa dengannya . Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari , cukup dengan satu mesej "saya sayang awak" setiap pagi . Adakah semua perkara ini remeh di mata lelaki ? Kalau begitu , tak perlu berkahwin dengan seorang perempuan . 
Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yang bergelar wanita di dunia ini , perkataan remeh itu takkan pernah terucap dari bibir . Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi , kenapa perlu mengasari dia ? Walaupun dengan kata-kata , sudah cukup meninggalkan parut di hatinya . Benar .. Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki kerana itu memang sudah menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi , seandainya apa yang dituturkan itu , hanya satu penipuan , lebih baik diam . Tak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yang diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment