❤ Hello, welcome to my life. ❤ abcdefghiloveyou (✖◡ϟ)_

Friday 18 April 2014

12 April 2014

Assalammualaikum readerku sekaliann
hukk hukk . skema li jakk 
lama dah tak bukaak ana punya blog
memandangkan tengah free ni, ana update laa .free la sangat.
tampaa palakkk . untuk ujian Sejarah kertas 3 pun blum dcari.
hahhaha . do i care . pedulii ineu keu.
okeyhhh2 , berbalik pada tarikh tuhh2 atas tuuhh . haaa
anaa nakk share la sikit kt reader ni . kmi berkawan la sgt ikut ckgu Wen yg hensem miut
khidmat masyarakat kat Pantai Kuala Dana a.k.a tapak Kaul . hahaha . kmi ikut program tuu ?
hewheww , takdaa laa . kmi just tolong-2 ckguu weenn jee . Tolong la sgt :p
Tolong jadi PHOTOGRAPHY ckgu Wenn . so kmi tak lpaskan peluang laa nak ambil gmbr kite2 ajee .
hahahahhahaha . bahh2 . malass nakk cakap bnyak . just tngok pic bwah ni haaa . Let Go !!!

selfie dalam kereta ckgu Wen

anak sapaa la nii ?

zzz , dont say anyword :p

selfie w babyboo ckgu Khairunnas

:*


Sali,Me,Icaa

Mohd Armin Tarmizi <3

ckgu William =D

Fatin oh fatinn

romantik kan ?

ni haa si ckgu Wen hensem miutt

Fatin ,Dina

selfie w fatin

cikgu hensem miutt ;)

:*








si amin cutee timann :*

THE ENDS <3










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 17 April 2014

Renung-renungkan laaa :')

Bila kita sayangkan seseorang , kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita .
Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya . 
Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yang jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap cuba tersenyum di hadapanmu , tetapi di belakangmu dia menangis . Dia terluka . Seluka manapun hati perempuan , dia tetap akan memberi peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang . Kerana dia yakin , insan yang dia sayang akan berubah dan menyayanginya sepenuh hati seperti dia . 
Malangnya , setiap peluang yang diberi selalu dipersiakan . Kadangkala, hati perempuan terdetik . Apakah langsung tiada sifat "menghargai" dalam diri seorang lelaki ? Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal  perhubungan saja ? Sepatutnya , semakin lama hubungan itu , semakin kuat perasaan itu . Bukan semakin pudar . 
Perempuan ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada , tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . Bukan untuk ditabur dengan wang ringgit , cukup dengan luangkan masa dengannya . Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari , cukup dengan satu mesej "saya sayang awak" setiap pagi . Adakah semua perkara ini remeh di mata lelaki ? Kalau begitu , tak perlu berkahwin dengan seorang perempuan . 
Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yang bergelar wanita di dunia ini , perkataan remeh itu takkan pernah terucap dari bibir . Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi , kenapa perlu mengasari dia ? Walaupun dengan kata-kata , sudah cukup meninggalkan parut di hatinya . Benar .. Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki kerana itu memang sudah menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi , seandainya apa yang dituturkan itu , hanya satu penipuan , lebih baik diam . Tak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yang diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment